Tuesday, 6 November 2018

AJK JMB 2018/2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Adalah dimaklumkan bahawa AJK Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Seroja bagi sesi 2018/2019 telah mengadakan mesyuarat pada 29/10/2018 untuk menstruktur organisasi pentadbiran JMB yang kini akan dibarisi oleh;

1) Pengerusi:
En Mohamad Zaki bin Isahak (J-2-14)
2) Setiausaha: 
En Ungku Hamdan bin Ungku Abdul Rahman (F-4-04)
3) Bendahari:
En Syed Izam Masri bin Syed Yassin (E-1-01)
4) AJK Keselamatan/Persekitaran:  
En Amirudin bin Makin (E-1-09)

Adalah juga dimaklumkan bahawa Pn Sum @ Rohani bt Deraman telah meletakkan jawatan berkuatkuasa pada 30/10/2018 atas sebab peribadi.
Sekian dimaklumkan.
JMB Seroja

KEM ANAK SOLEH MASJID TPP

CUTI SEKOLAH ;  *KEM ANAK SOLEH MASJID TPP*
BANTU ANAK ANDA MENCINTAI AL-QURAN

🕌MASJID TAMAN PUTRA PERDANA
====================
Cuti sekolah datang lagi. Tentu ibu bapa  sedang mencari-cari pengisian yang bermakna dan mendidik jiwa untuk anak anak yang tersayang.

Biarkan kami bantu anda......
Daftarkan anak anda ke *Kem Anak Soleh 4.0 ;  Cuti Sekolah 2018* anjuran *Biro Muslimat dan Pendidikan MTPP* dengan *Kerjasama Wildan Care*. 

Program ini dijalankan setiap tahun dengan sambutan yang menggalakkan.  Lebih 300 penyertaan setiap kali cuti sekolah 😊🌺🌸🧒🏻👦🏻

🍄🍄 SIAPA PATUT HADIR

Anak-anak berumur 7-18 tahun
✅Yang  sudah pandai baca Al Quran
✅ yang boleh Membaca Al Quran tapi belum mahur tajwid
✅ yang baru mengenal huruf2 AlQuran

📆 BILA TU?

26 November -21 Disember
Mula jam 8.00 pagi hingga 1.00  tengahari / zuhur
Setiap ISNIN - JUMAAT
*20 hari*

🚗🚗 DI MANA?

Dewan Solat,  Masjid Taman Putra Perdana ,  Puchong  

OBJEKTIF

🌏Anak-anak dapat (bergantung kebolehan anak-anak):

✅Tahap 1 : mengenal huruf-huruf Al Quran dan membacanya dengan baik

✅Tahap 2 : Membaca Al Quran dan menghafal surah- surah dalam juzuk Amma

✅Tahap 3 : Menghafal Surah2 Pilihan (Surah Yassin,  Al-Mulk, As-Sajadah, Al-Waqiah, Al-Insan)

🌏Anak-anak dapat menghayati Surah dalam Al-Quran melalui aktiviti yang menarik

🌏Anak-anak dapat mempraktiskan adab dalam masjid (merendahkan suara, melazimi solat sunat, sentiasa berwudhu’, bercakap perkataan yang baik, menjaga kebersihan masjid)

🌏Anak-anak dapat belajar berdikari,  bersahabat,  bertolak ansur,  mendengar arahan ... dll 😊

🎒APA YANG ANAK ANDA DAPAT

1.Menghafal surah pilihan.
2. Memahami Surah yang dihafal.
3. Motivasi membaca Al Quran.
4. Berkenalan dengan ramai kawan kawan.
5. Pengalaman belajar berkumpulan
6. Pengalaman bercerita berpandukan cerita-cerita Al Quran dan Hadis
7. Bekerjasama , 
8. Hidupkan Sunnah 🌹🌺🌹
9. Berqasidah
10. Dan lain2😍😊

📜 CARA NAK DAFTAR

📱join group Whats-ap;
CUTI SEKOLAH :  HIDUPKAN AL QURAN DAN SUNNAH

🍀‎Open this link to join my WhatsApp Group:

‎Open this link to join my WhatsApp Group: https://chat.whatsapp.com/D44OdH2rkjXE815V2dW4Vq

Friday, 19 October 2018

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pangsapuri Seroja 2018/19

MAKLUMAN

AGM 2018/2019 Pangsapuri Seroja akan berlangsung pada:

Tarikh :- 28 Oktober 2018 (Ahad)
Masa :- 9 Pagi
Tempat :- Dewan Orang Ramai Pangsapuri Seroja (2.9330265, 101.6008003)

Semua penduduk dijemput hadir.

Terima Kasih.

-JMB-

Tuesday, 26 December 2017

Pembukaan Kaunter Sewa Parkir Kali-2

Makluman semua, pihak jmb akan membuka kaunter sewa parking pada 29 Disember 2017 hari Jumaat pukul 9 malam hingga 11 malam.

Thursday, 21 December 2017

Senarai Unit Yang Bakal Di SEKAT Kad Akses

Perhatian kepada unit-unit yang tersenarai seperti di atas, sila jelaskan 1/3 daripada jumlah tunggakan berakhir 30.09.2017.

Kegagalan berbuat demikian, kad akses anda akan disekat pada 01.01.2018.

JMB