Thursday, 31 March 2016

Sumbangan Dana Surau Assobirin

Assalamualaikum Dan Salam Sejahterah.

Mohon sumbangan untuk Tabung Pembinaan & Pembangunan Surau Assobirin, Seroja Apartment, Tmn Putra Perdana

Anda boleh membuat sumbangan dari segi wang ringgit atau mewakafkan kelengkapan-kelengkapan seperti berikut:

  1. Salurkan Sumbangan Wang Ringgit Ke Akaun MAYBANK SURAU ASSOBIRIN 5627-7722-2906
  2. Kipas Syiling - 9 Unit
  3. Lampu Down Light - 31 Unit
  4. Cermin Dinding
  5. Lain-lain seperti Amplifier, Speaker, Karpet, Air Cond, Langsir.








Wednesday, 30 March 2016

Penubuhan KRT Seroja Apt


Perhatian Kepada Semua Penghuni Seroja Apartment

Satu perjumpaan untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan diadakan untuk Seroja Apartment yang akan diberi penerangan oleh Puan Ummi Kalsum, wakil Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional (JPNIN).

Tarikh Perjumpaan : 3 April 2016 (Ahad)
Lokasi : Taman Blok B  Dewan Seroja Apartment
Masa : 10:00 Pagi Sehingga 12:00 Tengah Hari

SEMUA PENGHUNI/PENDUDUK SEROJA APARTMENT DIJEMPUT HADIR

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.
Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.
Skim ini memberi kuasa kepada penduduk dalam memastikan keamanan dan keselamatan rumah dan kawasan sekitarnya melalui rondaan wajib ke atas penduduk berusia di antara 18 hingga 55 tahun.
Selain itu, RT juga pada masa itu berperanan untuk melaksanakan program kejiranan dan aktiviti berasaskan pembangunan komuniti serta pendidikan sosial dan sukan untuk meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat.
Konsep Rukun Tetangga seterusnya mengalami fasa perubahan selaras dengan peredaran semasa sosio -ekonomi negara seperti berikut :
Tahun 1975 : Konsep Keselamatan
Tahun 1984 : Konsep Kejiranan
                      -  untuk meningkatkan semangat kejiranan dan perpaduan setempat.
Tahun 2001 : Pembangunan Komuniti
                      -  dalam aspek yang menyeluruh.
Tahun 2010 : Model Transformasi Rukun Tetangga
                        - Pelaksanaan program dan aktiviti berlandaskan lima teras iaitu perpaduan,
                          ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup.
Lima teras ini adalah di antara kerangka yang dikenal pasti mampu mencapai matlamat Negara untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni lagi sejahtera.
Selaras dengan perkembangan terkini, termasuk pemansuhan akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat, maka Akta Rukun Tetangga 2012 telah digubal dan dikuatkuasakan pada 22 Jun 2012.

FUNGSI DAN TUGAS JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA
(Seksyen 8 Akta Rukun Tetangga 2012)
a)    Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat;
 b)    Menerima maklumat untuk memerhati dan menyiasat semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada Pengarah;
 c)    Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana;
 d)    Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat; dan
 e)    Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.

Monday, 28 March 2016

Info Pangsapuri Seroja

INFO PANGSAPURI SEROJA

Ahli Jawatan Kuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB)

Pengerusi :              Mohamad Zaki Bin Isahak
Setiausaha 1:          Esther A/P V.Samuel
Setiausaha 2:          Ahmad Iqbal Bin Abdul Halim Zaki
Bendahari:              Darul Izham Bin Duhamid
Biro Keselamatan:  Syed Izam Masri Bin Syed Yassin
                            
LT Sdn Bhd (HQ Pandan Jaya)

Alamat                        : 1 & 3, Jalan Pandan 3/5, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur,
No.Telefon                 : 03-9285 5521

LT Sdn Bhd (Taman Putra Perdana)

Alamat                        : G-70, Jln Lingkaran Putra Perdana, Tmn Putra Perdana ,471300
                                      Puchong, Selangor.
No.Telefon                 : 03-8318 3908
En.Rashid                   : 019-634 7791
En.Azereen                 : 017-322 6863

Pengawal Keselamatan (Security Guard) - TamingSari Sdn Bhd

Manager: Mr. Aminuddin ( 012-327 6500)
Day Shift Supervisor: Mr. Dawa ( 016-546 3340 / 018-287 6591)
Night Shift Supervisor: Mr. Razen ( 016-969 7522)

Dover Elevators (Malaysia) Sdn Bhd         : 03-9236 5225

Blog                            : www.serojalakesville.blogspot.com

Facebook Group      : www.facebook.com/groups/serojalakesville/

Whatsapp Group     : Admin 1 - Ahmad Iqbal (012-210 5396)
  Admin 2 - Darul Izham (019-493 0014)


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepanng  : 03-8777 4222

Balai Polis Putra Perdana (Tmn Putra Prima) : 03-80604222

Balai Bomba Dan Penyelamat Cyberjaya : 03-8318 8944

Hospital Serdang                                         : 03-8947 5555

Hospital Putrajaya                                      : 03-8312 4200

Klinik Desa Pulau Meranti                         : 03-8061 8094

Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong           : 03-8062 3984



Friday, 25 March 2016

Kenderaan Terbiar, Tidak Bergerak Dan Rosak

MAKLUMAN

UNTUK KENDERAAN TERBIAR, TIDAK BERGERAK DAN ROSAK

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGHUNI SEROJA APT, PIHAK JMB AKAN MEMBUAT PENUNDAAN UNTUK KALI YANG KEDUA BAGI SENARAI-SENARAI KENDERAAN SEPERTI DI ATAS.

MOHON KERJASAMA DARIPADA SEMUA PENGHUNI JIKA ANDA MENGETAHUI MANA-MANA KENDERAAN SEPERTI SENARAI DI ATAS DAN MAKLUMKAN KEPADA KAMI GAMBAR BERSERTA LOKASI KENDERAAN TERSEBUT.

SILA KEMUKAKAN MAKLUMAT TERSEBUT KEPADA KAMI SELEWAT-LEWATNYA PADA 31.03.2016.

NOTIS AKAN DIKELUARKAN KEPADA KENDERAAN-KENDERAAN YANG TELAH DIKENALPASTI, DAN KAMI AKAN PAPARKAN PADA PAPAN KENYATAAN, WHTSAPP GROUP , FACEBOOK DAN BLOG SEROJA APARTMENT.

14 HARI TEMPOH NOTIS DIKELUARKAN DAN SEKIRANYA TIADA MAKLUM BALAS DARI TUAN EMPUNYA KENDERAAN, PIHAK JMB AKAN MENUNDA KENDERAAN-KENDERAAN TERSEBUT KELUAR DARI KAWASAN SEROJA APT.

SEGALA KOS YANG TERLIBAT AKAN DITANGGUNG OLEH PEMILIK-PEMILIK KENDERAAN YANG DITUNDA.

SILA KEMUKAKAN MAKLUMAT TERSEBUT KEPADA:
1.MOHAMAD ZAKI (013-319 3887)
2. DARUL IZHAM (019-493 0014)

3. ALIF (012-398 3986)

Poster Dan Pengiklanan Di Seroja Apt

PERHATIAN

SILA BERURUSAN DENGAN PIHAK JMB SEBELUM ANDA MENAMPAL SEBARANG PENGIKLANAN PERNIAGAAN, JUAL/SEWA RUMAH, PENGASUH, TASKA, TADIKA, DAN APA-APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGANNYA.

PIHAK JMB TIDAK TERAGAK-AGAK UNTUK MENCABUT SEMUA NOTIS-NOTIS YANG TIDAK MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA PIHAK JMB.


TERIMA KASIH

Tuesday, 15 March 2016

Pelawat Seroja Apt.

Perhatian!!!

Kepada penghuni2 Seroja Apt.

Borang pelawat telah disediakan dibilik pengawal keselamatan. Sila dapatkan borang tersebut jika anda mempunyai pelawat yang ingin hadir atau bermalam di Seroja Apt.

Borang perlu diisi jika pelawat anda:
1.Bermalam di Seroja
2.Masuk ke dlm Seroja Apt. pada jam 11mlm dan ke atas.

Pastikan borang tersebut diisi dan dihantar ke bilik pengawal keselamatan sebelum pelawat anda datang/hadir ke Seroja Apt.

Kegagalan anda mengemukan borang tersebut akan menyebabkan pelawat anda tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kawasan seroja ATAU penghuni perlu turun ke bilik pengawal untuk mengesahkan dan mengambil pelawat tersebut.

***Kehadiran pelawat pada tempoh waktu 8:00 Pagi - 11:00 Malam
(PELAWAT hanya PERLU tinggalkan lesen DAN MENGISI butiran di dalam buku pelawat)

Kerjasama dari semua penghuni seroja apt. amatlah kami hargai.

Terima Kasih.


JMB Seroja Apt.
15.03.2016