Sunday 10 July 2016

Rumah Terbuka oleh penduduk Seroja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Seroja.
Kepada penduduk Seroja yang ingin membuat rumah terbuka, pihak JMB dan Security berharap penduduk dapat memberi maklumat kepada tetamu anda supaya parking kenderaan masing-masing ditempat yang dibenarkan seperti di parking Visitor, petak parking yang tiada tanda lot rumah, petak parking kosong berhampiran dengan Dewan Serbaguna dan juga mana-mana parking yang kosong dan selamat diluar Seroja.

Tidak dibenarkan parking di petak parking unit lain, di tepi jalan, petak OKU ( sekiranya tiada kad OKU) dan laluan di tepi surau supaya tiada gangguan lalu lintas berlaku.
Penting buat semua tetamu anda untuk bekerjasama mendaftar masuk di pondok pengawal. Tindakan clamp tetap dikenakan kepada kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
JMB