Wednesday, 26 December 2018
Gotong Royong Pangsapuri Seroja
🌻Assalammualaikum/Selamat Sejahtera🌻
Jom turun ramai2 gotong royong seroja.
🌟Ahad 30/12/2018🌟
~7.30 pagi
Sarapan disediakan di Padang Seroja (Tepi Kolam Renang)
Potluck Sangat dialu alukan
~8.00-8.30 pagi
Briefing/ucapan/Pembahagian kumpulan
~8.30 pagi
Aktiviti Gotong royong dimulakan
~9.00 pagi
Aktiviti kanak kanak dimulakan
~Pemeriksaan Kesihatan dari pihak KOSPEN.
Mari Semua turun warga Seroja!!
Ayuh meriahkan 😁😁😁
Thursday, 13 December 2018
Adalah dimaklumkan bahawa AJK Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Seroja sesi 2018/2019 telah mengadakan mesyuarat pada 6/12/18 untuk menyusun semula organisasi JMB selepas perletakan jawatan En Mohamad Zaki bin Isahak pada 3/12/18 sebagai pengerusi. Berikut adalah senarai terkini AJK JMB;
1) Pengerusi dan Ketua Keselamatan:
En Amirudin bin Makin (E-1-09)
2) Setiausaha:
En Ungku Hamdan bin Ungku Abdul Rahman (F-4-04)
3) Bendahari dan Ketua Persekitaran:
En Syed Izam Masri bin Syed Yassin (E-1-01)
Sekian dimaklumkan.
JMB Seroja
Tuesday, 11 December 2018
HARI KANAK-KANAK & GOTONG ROYONG PANGSAPURI SEROJA
HARI KANAK-KANAK & GOTONG ROYONG PANGSAPURI SEROJA
----------------------------------------------------
Adalah dimaklumkan bahawa satu program anjuran bersama pihak MPS, JMB dan KRT Seroja akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh: 30 Disember 2018 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 ptg
Lokasi Berkumpul: Surau As-Sobirin
Aktiviti:
-Penebangan pokok dikawasan parkir.
-Pembersihan kawasan kolam air berdekatan blok B dan J.
-Penangkapan kucing liar didalam kawasan Pangsapuri Seroja. *Sila pastikan kucing peliharaan tidak berkeliaran.
-Aktiviti untuk kanak-kanak.
-Jamuan makan (Potluck).
Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
JMB Seroja
Friday, 30 November 2018
Thursday, 15 November 2018
Gangguan Bekalan Air
Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENUTUPAN AIR
Adalah dimaklumkan bahawa pihak JMB akan menutup air bagi tujuan membaiki paip air yang bocor.
Pada : 15/11/2017 (Khamis)
Masa : 10am - 2pm
Blok : B-2-15
No.Rumah yg terlibat : 9,11,13&15
2. Segala Kesulitan Amat Dikesali.
-JMB-
Saturday, 10 November 2018
Gangguan Bekalan Air
Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENUTUPAN AIR
Adalah dimaklumkan bahawa pihak JMB akan menutup air bagi tujuan membaiki paip air yang bocor.
Pada : 12/11/ 2018 (Isnin)
Masa : 10am - 12pm
Blok : J-5-07
No.Rumah yg terlibat : 1,3,5&7
2. Segala Kesulitan Amat Dikesali.
-JMB-
Tuesday, 6 November 2018
AJK JMB 2018/2019
En Mohamad Zaki bin Isahak (J-2-14)
En Ungku Hamdan bin Ungku Abdul Rahman (F-4-04)
En Syed Izam Masri bin Syed Yassin (E-1-01)
KEM ANAK SOLEH MASJID TPP
CUTI SEKOLAH ; *KEM ANAK SOLEH MASJID TPP*
BANTU ANAK ANDA MENCINTAI AL-QURAN
🕌MASJID TAMAN PUTRA PERDANA
====================
Cuti sekolah datang lagi. Tentu ibu bapa sedang mencari-cari pengisian yang bermakna dan mendidik jiwa untuk anak anak yang tersayang.
Biarkan kami bantu anda......
Daftarkan anak anda ke *Kem Anak Soleh 4.0 ; Cuti Sekolah 2018* anjuran *Biro Muslimat dan Pendidikan MTPP* dengan *Kerjasama Wildan Care*.
Program ini dijalankan setiap tahun dengan sambutan yang menggalakkan. Lebih 300 penyertaan setiap kali cuti sekolah 😊🌺🌸🧒🏻👦🏻
🍄🍄 SIAPA PATUT HADIR
Anak-anak berumur 7-18 tahun
✅Yang sudah pandai baca Al Quran
✅ yang boleh Membaca Al Quran tapi belum mahur tajwid
✅ yang baru mengenal huruf2 AlQuran
📆 BILA TU?
26 November -21 Disember
Mula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari / zuhur
Setiap ISNIN - JUMAAT
*20 hari*
🚗🚗 DI MANA?
Dewan Solat, Masjid Taman Putra Perdana , Puchong
OBJEKTIF
🌏Anak-anak dapat (bergantung kebolehan anak-anak):
✅Tahap 1 : mengenal huruf-huruf Al Quran dan membacanya dengan baik
✅Tahap 2 : Membaca Al Quran dan menghafal surah- surah dalam juzuk Amma
✅Tahap 3 : Menghafal Surah2 Pilihan (Surah Yassin, Al-Mulk, As-Sajadah, Al-Waqiah, Al-Insan)
🌏Anak-anak dapat menghayati Surah dalam Al-Quran melalui aktiviti yang menarik
🌏Anak-anak dapat mempraktiskan adab dalam masjid (merendahkan suara, melazimi solat sunat, sentiasa berwudhu’, bercakap perkataan yang baik, menjaga kebersihan masjid)
🌏Anak-anak dapat belajar berdikari, bersahabat, bertolak ansur, mendengar arahan ... dll 😊
🎒APA YANG ANAK ANDA DAPAT
1.Menghafal surah pilihan.
2. Memahami Surah yang dihafal.
3. Motivasi membaca Al Quran.
4. Berkenalan dengan ramai kawan kawan.
5. Pengalaman belajar berkumpulan
6. Pengalaman bercerita berpandukan cerita-cerita Al Quran dan Hadis
7. Bekerjasama ,
8. Hidupkan Sunnah 🌹🌺🌹
9. Berqasidah
10. Dan lain2😍😊
📜 CARA NAK DAFTAR
📱join group Whats-ap;
CUTI SEKOLAH : HIDUPKAN AL QURAN DAN SUNNAH
🍀Open this link to join my WhatsApp Group:
Open this link to join my WhatsApp Group: https://chat.whatsapp.com/D44OdH2rkjXE815V2dW4Vq
Friday, 19 October 2018
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pangsapuri Seroja 2018/19
AGM 2018/2019 Pangsapuri Seroja akan berlangsung pada:
Tarikh :- 28 Oktober 2018 (Ahad)
Masa :- 9 Pagi
Tempat :- Dewan Orang Ramai Pangsapuri Seroja (2.9330265, 101.6008003)
Semua penduduk dijemput hadir.
Terima Kasih.
-JMB-