***Credit Kepada En.Ahmad Iqbal.
Thursday, 28 January 2016
SISTEM KUNCI KENDERAAN (CLAMPING)
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Semua penghuni )Pemilik & Penyewa) sudah sedia maklum bahawa JMB telah memulakan sistem kunci (Clamping) pada 15hb Januari 2016 yang lepas.
BERIKUT ADALAH SENARAI KESALAHAN YANG AKAN DI KUNCI TAYAR KERETA DAN MOTOSIKAL ANDA:

JENIS KESALAHAN
|
KERETA
|
MOTOSIKAL
|
|
1
|
BAHU-BAHU JALAN
|
Ö
|
Ö
|
2
|
PETAK PARKING OKU
|
Ö
|
Ö
|
3
|
PETAK PARKING
MOTOSIKAL
|
Ö
|
|
4
|
LALUAN MASUK DISETIAP
BLOK
|
Ö
|
Ö
|
5
|
PETAK PARKING
BERNOMBOR YANG BUKAN MILIKNYA
|
Ö
|
|
6
|
MELETAKKAN MOTOSIKAL
DI DALAM BLOK
|
Ö
|
|
7
|
PELAWAT
|
||
7a - TIDAK MEMPAMERKAN
PAS PELAWAT
|
Ö
|
Ö
|
|
7b – TIDAK MELETAKKAN
KENDERAAN DI PETAK
7b – PARKING PELAWAT
|
Ö
|
||
8
|
SEWAAN PARKING
|
||
8a - TEMPOH SEWAAN
PARKING TELAH TAMAT
|
Ö
|
||
8b - BUKAN DALAM
SENARAI PENYEWA PARKING
|
Ö
|
KADAR CAJ UNTUK MEMBUKA CLAMP
TERSEBUT ADALAH:
1. KERETA RM50.00
2. MOTOSIKAL RM20. 00
PETAK PARKING ORANG KURANG UPAYA
(OKU) YANG MEMPUNYAI PELEKAT OKU DAN MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA JMB SAHAJA
DIBENARKAN
MANA-MANA KENDERAAN YANG DIDAPATI
SEBAGAI KENDERAAN TERBIAR (KERETA & MOTOSIKAL) AKAN DITUNDA KELUAR DAN
DILETAKKAN DI KAWASAN BLOK A (CAJ PENUNDAAN AKAN DITANGGUNG OLEH PEMILIK
KENDERAAN)
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)
JMB telah memutuskan untuk membuat mesyuarat agong tahunan(AGM) pada 24 April 2016 (Ahad).
Kami mohon kepada semua 560 pemilik rmh di seroja apt untuk turut serta dan hadir pada AGM yang akan diadakan dalam 3 bulan akan datang.
KEHADIRAN PEMILIK RUMAH ADALAH DIWAJIBKAN!!!
Kami mohon kepada semua 560 pemilik rmh di seroja apt untuk turut serta dan hadir pada AGM yang akan diadakan dalam 3 bulan akan datang.
KEHADIRAN PEMILIK RUMAH ADALAH DIWAJIBKAN!!!
PERUBAHAN PETAK PARKIR BLOK J
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGHUNI BLOK G, H DAN J, SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA PIHAK JMB TELAH MEMUTUSKAN
UNTUK MEMINDAHKAN PETAK PARKIR BAGI 64 UNIT BLOK J YANG TERLIBAT. SILA RUJUK
PELAN “SEBELUM” DAN “SELEPAS”.
PERUBAHAN INI BERKUATKUASA APABILA PETAK PARKING
SIAP DI CAT SEMULA BESERTA DENGAN NO.UNIT YANG TERLIBAT.
64 UNIT YANG TERLIBAT:
J – G – (01-16)
J – 01 – (11-16)
J – 02 – (01-16)
J – 03 – (01-16)
J – 04 – (01-10)
SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA PERUBAHAN INI ADALAH
SEMENTARA SAHAJA SEHINGGA BLOK A DAN K SIAP DIBINA, DAN SELEPAS ITU PIHAK JMB
AKAN MEMINTA PIHAK PEMAJU UNTUK MENYUSUN ATUR SEMUA PETAK PARKIR DI DALAM
KAWASAN SEROJA DARI BLOK A SEHINGGALAH KE BLOK K.
Monday, 28 December 2015
PETAK PARKING BARU UNTUK 41 UNIT BLOK B
PETAK PARKING BARU UNTUK 41 UNIT BLOK B
41 UNIT YANG TERLIBAT
B-03-16
B-04-(01-16)
B-05-(01-16)
B-06-(05-12)
MOHON JASA BAIK KEPADA SEMUA PEMILIK UNIT, MELETAKKAN KENDERAAN ANDA DI DALAM PETAK UNIT RUMAH ANDA MASING², KERANA SISTEM CLAMPING AKAN DILAKSANAKAN TIDAK LAMA LAGI.
HARAP MAKLUM
Tuesday, 8 December 2015
Makluman 08.12.2015
Assalamualaikum
04.12.2015
Mesyuarat JMB & Ketua² Blok
Isu utama yang dibincangkan adalah untuk mengalihkan petak parking Blok B bagi unit:
1. B-03-16
2. B-04-(01-16)
3. B-05-(01-16)
4. B-06-(05-12)
Jumlah keseluruhan 41 unit rumah yang terlibat.
Cadangan Pemindahan Petak SEMENTARA ke Petak Parking Reserved Blok A.
Antara isu yang timbul
1. bagaimana untuk buat tanda serta maklumkan bahawa petak tersebut akan digunakan sebagai petak perking untuk 41 unit yang akan dipindakan. Semua sedia maklum petak2 tersebut telah diguna oleh kereta² ke-2/ke-3/ke-4 dan seterusnya yang mana semua pemilik seroja tahu dan ada yang buat² tak tahu dan ada juga yang sengaja untuk tidak ambil tahu bahawa di SEROJA APARTMENT hanya SEBUAH KERETA UNTUK SATU PETAK PARKING YANG TELAH DISEDIAKAN UNTUK SATU UNIT RUMAH.
2. JMB akan MENGUATKUASAKAN SISTEM KUNCI TAYAR (CLAMPING) pada 1 Januari 2016. Notis akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.
3. Seboleh²nya JMB berharap isu parking untuk 41 unit tersebut dapat diselaikan dalam bulan ini (Disember), dan kami amat² berharap untuk mendapat KERJASAMA SEPENUHNYA DARIPADA PEMILIK-PEMILIK 41 UNIT YANG TERLIBAT UNTUK TURUN PADANG MEMBANTU KAMI UNTUK menyelesaikan masalah ini bersama-sama. (SILA MAKLUMKAN PADA KETUA BLOK B JIKA ANDA INGIN MEMBUAT SATU MESYUARAT KECIL UNTUK KITA MENYELESAIKAN MASALAH INI BERSAMA)
PERLU DIINGAT BAHAWA PETAK PARKING TERSEBUT HANYALAH SEMENTARA SAHAJA.
DAN UNTUK PERLAKSANAAN PENUH PERUBAHAN PARKING, KAMI JMB TERPAKSA MENUNDAKAN KEPUTUSAN TERSEBUT UNTUK DIBAWA KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) YANG AKAN DIBUAT PADA APRIL 2016 (SEBARANG PERUBAHAN/PEMBERITAHUAN TARIKH AGM AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN).
JMB BERHARAP SEMUA PEMILIK-PEMILIK SEROJA APARTMENT DAPAT HADIR PADA MESYUARAT AGM TERSEBUT.
JMB BERHARAP MASALAH INI DAPAT DISELESAIKAN PADA AGM TERSEBUT DAN SEGALA APA-APA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT PADA MASA DAN WAKTU TERSEBUT ADALAH MUKTAMAD DAN SEBARANG KETIDAK KEPUASHATIAN MENGENENAI KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DILAYAN.
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENYEWA-PENYEWA YANG MENGHUNI DI SEROJA, SILA BERITAHU/MAKLUMKAN KEPADA PEMILIK² RUMAH ANDA MENGENAI MESYUARAT YANG DIJANGKAKAN AKAN DIBUAT PADA APRIL 2016.

Wednesday, 2 December 2015
Akta 757: Tunggakan Wang Penyenggaraan & Sinking Fund
AKTA 757
Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar kepada
badan pengurusan bersama
33. (1) Pembayaran apa-apa jumlah wang yang ditanggung dengan sah
oleh badan pengurusan bersama dalam penjalanan mana-mana kuasanya atau
fungsinya atau menjalankan kewajipan atau obligasinya hendaklah menurut kuasa
seksyen ini dijamin oleh pemunya petak yang pada masa itu membentuk badan
pengurusan bersama itu.
(2) Setiap pemunya petak hendaklah bertanggungan di bawah jaminan
yang disebut di bawah subseksyen (1) hanya bagi apaapa kadar wang yang dibayar
sedemikian sebagai unit syer yang diumpukkan bagi petaknya yang dibandingkan
dengan unit syer agregat.
(3) Jika mana-mana pemunya petak belum melepaskan atau melepaskan
dengan sepenuhnya liabilitinya bagi maksud subseksyen (1), badan pengurusan
bersama adalah berhak untuk mendapatkan daripada pemunya petak itu dalam
mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal sebagai
hutang yang kena dibayar kepadanya.
(4) Jika atas sebab ketidakcukupan dana untuk memenuhi jumlah wang
yang dijamin di bawah subseksyen (1), badan pengurusan bersama boleh, pada
mesyuarat agung tahunan atau pada mesyuarat agung luar biasa, menentukan jumlah
yang hendaklah dicarumkan oleh setiap pemunya petak dan memutuskan apa-apa isu
atau perkara lain yang berhubungan dengan penyelesaian bagi jumlah wang itu.
Tatacara mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar
34. (1) Jika suatu jumlah wang menjadi boleh didapatkan oleh pemaju
daripada pembeli berkenaan dengan petaknya menurut kuasa subseksyen 12(5), atau
oleh badan pengurusan bersama daripada pemunya petak berkenaan dengan petaknya
menurut kuasa subseksyen 25(6) atau 33(3), pemaju atau badan pengurusan bersama
itu boleh menyampaikan kepada pembeli atau pemunya petak, mengikut mana-mana
yang berkenaan, suatu notis bertulis yang menuntut pembayaran jumlah wang itu
yang kena dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak boleh
kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu.
(2) Jika mana-mana jumlah wang masih tidak dibayar oleh pembeli
atau pemunya petak pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah
subseksyen (1), pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang
berkenaan, boleh memfailkan suatu saman atau tuntutan dalam suatu mahkamah yang
mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal untuk mendapatkan jumlah
wang itu atau sebagai alternatif kepada mendapatkan wang di bawah seksyen ini,
menggunakan cara mendapatkan wang di bawah seksyen 35.
(3) Mana-mana pembeli atau pemunya petak yang, tanpa alasan yang
munasabah, tidak mematuhi notis yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,
dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi
lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu
berterusan selepas disabitkan.
Mendapatkan jumlah wang melalui penahanan harta
alih
35. (1) Pesuruhjaya boleh, apabila permohonan bersumpah secara bertulis
dibuat oleh pemaju atau mana-mana anggota jawatankuasa pengurusan bersama,
mengeluarkan suatu waran penahanan dalam
Borang A Jadual Ketiga yang memberi kuasa bagi penahanan apa-apa
harta alih yang dipunyai oleh pemunya petak yang ingkar yang boleh dijumpai di
dalam bangunan atau di tempat lain di dalam Negeri itu.
(2) Waran penahanan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan
oleh pemaju atau seseorang anggota jawatankuasa pengurusan bersama atau oleh
seseorang yang diambil bekerja secara khusus oleh pemaju atau badan pengurusan
bersama untuk melaksanakan waran sedemikian, di hadapan Pesuruhajaya atau seorang
pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya.
(3) Jika pemaju atau anggota jawatankuasa pengurusan bersama atau
orang yang disebut dalam subseksyen (2) menghadapi kesukaran dalam melaksanakan
waran itu, pemaju, anggota atau orang itu boleh mendapatkan bantuan
Pesuruhjaya, dan dalam memberikan bantuan itu, Pesuruhjaya boleh meminta
bantuan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.
(4) Seseorang yang melaksanakan waran itu:
(a) boleh, pada waktu siang, masuk dengan cara kekerasan ke dalam
mana-mana rumah atau bangunan atau mana-mana bahagian rumah atau bangunan itu
bagi maksud melaksanakan waran itu; dan
(b) hendaklah, sebaik selepas penahanan itu, membuat suatu inventori
bagi harta yang ditahan di bawah waran itu dan menyampaikan suatu notis dalam
Borang B Jadual Ketiga kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki
atau didapati memiliki harta itu.
(5) Mana-mana penyewa, penyewa kecil atau penghuni yang, untuk
mengelakkan penahanan atau penjualan harta alih kerana apa-apa jumlah wang yang
kena dibayar kepada pemaju atau badan pengurusan bersama tidak dibayar oleh
pemunya petak, membayar jumlah wang itu boleh:
(a) jika tiada apa-apa perjanjian bertulis yang berlawanan, menolak
jumlah yang telah dibayar sedemikian olehnya daripada sewa yang kena dibayar
atau menjadi kena dibayar olehnya kepada pemunya petak itu; dan
(b) memegang milikan harta itu sehingga jumlah yang telah dibayar
sedemikian olehnya dibayar balik sepenuhnya kepadanya sama ada dengan cara
penolakan daripada sewa atau selainnya.
(6) Resit yang dikeluarkan oleh pemaju atau badan pengurusan bersama
bagi apa-apa jumlah yang dibayar sedemikian oleh mana-mana penyewa, penyewa
kecil atau penghuni itu di bawah subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai
pelepasan penuh bagi jumlah yang sama dengan sewa itu.
(7) Jika mana-mana orang yang hartanya ditahan mempertikaikan kesahan
penahanan itu, dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan
itu, memohon kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat
penahanan itu bagi suatu perintah bagi pelepasan harta itu, dan Mahkamah
Majistret, selepas membuat apa-apa siasatan yang perlu, hendaklah membenarkan atau
enggan membenarkan perintah itu.
(8) Jika jumlah wang yang kena dibayar itu tidak dibayar dalam masa
empat belas hari dari tarikh penahanan itu, harta yang ditahan itu atau
mana-mana bahagian harta yang ditahan itu yang mencukupi untuk menghasilkan
jumlah wang itu hendaklah dijual
Pengurusan Strata 63secara lelong yang dijalankan oleh pemaju atau
badan pengurusan bersama di bawah penyeliaan Pesuruhjaya melainkan jika dalam tempoh
itu suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (7), yang dalam hal itu, harta
itu hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan
hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret.
(9) Jika Mahkamah Majistret enggan membenarkan suatu perintah untuk
pelepasan harta itu, dan keputusan Mahkamah Majistret itu dicapai dalam masa
empat belas hari dari tarikh penahanan, harta itu tidak boleh dijual sebelum
habisnya tempoh itu.
(10) Walau apa pun subseksyen (8) dan (9), jika harta itu adalah jenis
mudah musnah, ia boleh dijual dengan segera, dan dalam hal itu, hasil jualan
hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan
hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah
Majistret.
(11) Dalam mana-mana hal lain, hasil jualan hendaklah digunakan
untuk menjelaskan jumlah wang yang kena dibayar bersama-sama dengan kos penahanan
dan penjualan itu, dan apa apa lebihan dan apa-apa harta yang tidak dijual
hendaklah dibayar atau dikembalikan kepada orang yang, pada masa penahanan itu,
memiliki atau didapati memiliki harta itu.
(12) Kos penahanan hendaklah termasuk perbelanjaan penyenggaraan
ternakan dan penjagaan harta alih.
(13) Jika apa-apa harta dijual menurut kuasa subseksyen (10) sebelum
habis tempoh empat belas hari dari tarikh penahanan, sebutan dalam subseksyen
(7) mengenai suatu “perintah bagi pelepasan harta itu” hendaklah ditafsirkan
sebagai suatu sebutan mengenai suatu perintah bagi pelepasan hasil jualan harta
itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)