Friday, 15 April 2016

Kenderaan Terbiar/Rosak


5 Kenderaan yang telah dikenal pasti tidak bergerak dan terbiar, 14 hari tempoh utk anda alihkan kenderaan2 anda, jika tiada perubahan atau maklum balas dari tuan empunya kenderaan, kenderaan anda akan ditunda keluar dari kawasan seroja apt.


TARIKH NOTIS DIKELUARKAN  :        07 / 04 / 2016              
TARIKH TAMAT NOTIS                  :        20 / 04 / 2016              
TEMPOH NOTIS                                :        14 HARI                       

Harap Maklum

Wednesday, 13 April 2016

Seroja - Aging (Tunggakan) Sehingga 31.Mac.2016






Rumusan
Daripada 560 Buah Rumah di Seroja 
1. 206 Unit Tiada Tunggakan yang mana 140 Unit Daripadanya Telah Terlebih Bayar.
2. 354 Unit Mempunyai Tunggakan (Dari RM3.00 Sehingga Ke RM7,640.00)

Perhatian.

Aging tersebut adalah sehingga 31.Mac.2016 sahaja, dan jika anda telah membuat apa-apa pembayaran bagi bulan Mac dan sebelum-sebelumnya pada atau dalam bulan April, jumlah baki yang baru akan dikeluarkan atau dipaparkan pada Aging 30.April.2016.

Sekian Harap Maklum

Pelan Parking Seroja Apartment





LAKARAN (SAIZ A1) PETA TEMPAT LETAK KERETA DAN MOTORSIKAL JUGA ADA DI PAPARKAN DI PAPAN KENYATAAN BELAKANG BILIK PENGAWAL KESELAMATAN.


PERUBAHAN MELIBATKAN BLOK B, BLOK J, PELAWAT DAN MOTORSIKAL SAHAJA, BLOK-BLOK LAIN TIADA PERUBAHAN.

HARAP MAKLUM

Pemulangan Borang Kehadiran & Proksi

PERHATIAN!!!

KEPADA SEMUA PEMILIK-PEMILIK @ PEMBELI-PEMBELI SEROJA APARTMENT, SILA PULANGKAN
1.BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN & PENCALONAN DAN
2.BORANG PROKSI


SELEWAT-LEWATNYA PADA 23.04.2016 (SABTU) JAM 12:00 TENGAH HARI DI PEJABAT LT SDN BHD (PUTRA PERDANA)

ATAU

SELEWAT-LEWATNYA PADA 22.04.2016 (JUMAAT) JAM 10:00 MALAM DI BILIK PENGAWAL KESELAMATAN SEROJA APT. 

JIKA ADA YANG HANTAR PADA SELEPAS TARIKH DAN WAKTU TERSEBUT, BORANG ANDA TIDAK AKAN DILAYAN

SEKIAN HARAP MAKLUM.


Tuesday, 12 April 2016

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)

Mesyuarat Agung Tahunan
Badan Pemgurusan Bersama (JMB)
Pangsapuri Seroja, Taman Putra Perdana

DI JEMPUT KEPADA SEMUA PEMILIK-PEMILIK ATAU PEMBELI-PEMBELI RUMAH UNTUK HADIR KE MESYUARAT YANG AKAN DIADAKAN PADA
24 APRIL 2016 (HARI AHAD)
BERMULA JAM 9.00 PAGI
DI DEWAN SEROJA (BELAKANG BLOK J)

KEHADIRAN ANDA ADALAH DIWAJIBKAN!!!


Thursday, 31 March 2016

Sumbangan Dana Surau Assobirin

Assalamualaikum Dan Salam Sejahterah.

Mohon sumbangan untuk Tabung Pembinaan & Pembangunan Surau Assobirin, Seroja Apartment, Tmn Putra Perdana

Anda boleh membuat sumbangan dari segi wang ringgit atau mewakafkan kelengkapan-kelengkapan seperti berikut:

  1. Salurkan Sumbangan Wang Ringgit Ke Akaun MAYBANK SURAU ASSOBIRIN 5627-7722-2906
  2. Kipas Syiling - 9 Unit
  3. Lampu Down Light - 31 Unit
  4. Cermin Dinding
  5. Lain-lain seperti Amplifier, Speaker, Karpet, Air Cond, Langsir.








Wednesday, 30 March 2016

Penubuhan KRT Seroja Apt


Perhatian Kepada Semua Penghuni Seroja Apartment

Satu perjumpaan untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan diadakan untuk Seroja Apartment yang akan diberi penerangan oleh Puan Ummi Kalsum, wakil Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional (JPNIN).

Tarikh Perjumpaan : 3 April 2016 (Ahad)
Lokasi : Taman Blok B  Dewan Seroja Apartment
Masa : 10:00 Pagi Sehingga 12:00 Tengah Hari

SEMUA PENGHUNI/PENDUDUK SEROJA APARTMENT DIJEMPUT HADIR

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.
Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.
Skim ini memberi kuasa kepada penduduk dalam memastikan keamanan dan keselamatan rumah dan kawasan sekitarnya melalui rondaan wajib ke atas penduduk berusia di antara 18 hingga 55 tahun.
Selain itu, RT juga pada masa itu berperanan untuk melaksanakan program kejiranan dan aktiviti berasaskan pembangunan komuniti serta pendidikan sosial dan sukan untuk meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat.
Konsep Rukun Tetangga seterusnya mengalami fasa perubahan selaras dengan peredaran semasa sosio -ekonomi negara seperti berikut :
Tahun 1975 : Konsep Keselamatan
Tahun 1984 : Konsep Kejiranan
                      -  untuk meningkatkan semangat kejiranan dan perpaduan setempat.
Tahun 2001 : Pembangunan Komuniti
                      -  dalam aspek yang menyeluruh.
Tahun 2010 : Model Transformasi Rukun Tetangga
                        - Pelaksanaan program dan aktiviti berlandaskan lima teras iaitu perpaduan,
                          ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup.
Lima teras ini adalah di antara kerangka yang dikenal pasti mampu mencapai matlamat Negara untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni lagi sejahtera.
Selaras dengan perkembangan terkini, termasuk pemansuhan akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat, maka Akta Rukun Tetangga 2012 telah digubal dan dikuatkuasakan pada 22 Jun 2012.

FUNGSI DAN TUGAS JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA
(Seksyen 8 Akta Rukun Tetangga 2012)
a)    Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat;
 b)    Menerima maklumat untuk memerhati dan menyiasat semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada Pengarah;
 c)    Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana;
 d)    Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat; dan
 e)    Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.