Monday 28 December 2015

PETAK PARKING BARU UNTUK 41 UNIT BLOK B

PETAK PARKING BARU UNTUK 41 UNIT BLOK B

41 UNIT YANG TERLIBAT
B-03-16
B-04-(01-16)
B-05-(01-16)
B-06-(05-12)

MOHON JASA BAIK KEPADA SEMUA PEMILIK UNIT, MELETAKKAN KENDERAAN ANDA DI DALAM PETAK UNIT RUMAH ANDA MASING², KERANA SISTEM CLAMPING AKAN DILAKSANAKAN TIDAK LAMA LAGI.

HARAP MAKLUM

JMB SEROJA APT.

Tuesday 8 December 2015

Makluman 08.12.2015

Assalamualaikum

04.12.2015
Mesyuarat JMB & Ketua² Blok

Isu utama yang dibincangkan adalah untuk mengalihkan petak parking Blok B bagi unit:
1. B-03-16
2. B-04-(01-16)
3. B-05-(01-16)
4. B-06-(05-12)
Jumlah keseluruhan 41 unit rumah yang terlibat.

Cadangan Pemindahan Petak SEMENTARA ke Petak Parking Reserved Blok A.

Antara isu yang timbul
1. bagaimana untuk buat tanda serta maklumkan bahawa petak tersebut akan digunakan sebagai petak perking untuk 41 unit yang akan dipindakan. Semua sedia maklum petak2 tersebut telah diguna oleh kereta² ke-2/ke-3/ke-4 dan seterusnya yang mana semua pemilik seroja tahu dan ada yang buat² tak tahu dan ada juga yang sengaja untuk tidak ambil tahu bahawa di SEROJA APARTMENT hanya SEBUAH KERETA UNTUK SATU PETAK PARKING YANG TELAH DISEDIAKAN UNTUK SATU UNIT RUMAH.

2. JMB akan MENGUATKUASAKAN SISTEM KUNCI TAYAR (CLAMPING) pada 1 Januari 2016. Notis akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

3. Seboleh²nya JMB berharap isu parking untuk 41 unit tersebut dapat diselaikan dalam bulan ini (Disember), dan kami amat² berharap untuk mendapat KERJASAMA SEPENUHNYA DARIPADA PEMILIK-PEMILIK 41 UNIT YANG TERLIBAT UNTUK TURUN PADANG MEMBANTU KAMI UNTUK menyelesaikan masalah ini bersama-sama. (SILA MAKLUMKAN PADA KETUA BLOK B JIKA ANDA INGIN MEMBUAT SATU MESYUARAT KECIL UNTUK KITA MENYELESAIKAN MASALAH INI BERSAMA)

PERLU DIINGAT BAHAWA PETAK PARKING TERSEBUT HANYALAH SEMENTARA SAHAJA.

DAN UNTUK PERLAKSANAAN PENUH PERUBAHAN PARKING, KAMI JMB TERPAKSA MENUNDAKAN KEPUTUSAN TERSEBUT UNTUK DIBAWA KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) YANG AKAN DIBUAT PADA APRIL 2016 (SEBARANG PERUBAHAN/PEMBERITAHUAN TARIKH AGM AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN).

JMB BERHARAP SEMUA PEMILIK-PEMILIK SEROJA APARTMENT DAPAT HADIR PADA MESYUARAT AGM TERSEBUT.

JMB BERHARAP MASALAH INI DAPAT DISELESAIKAN PADA AGM TERSEBUT DAN SEGALA APA-APA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT PADA MASA DAN WAKTU TERSEBUT ADALAH MUKTAMAD DAN SEBARANG KETIDAK KEPUASHATIAN MENGENENAI KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DILAYAN.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENYEWA-PENYEWA YANG MENGHUNI DI SEROJA, SILA BERITAHU/MAKLUMKAN KEPADA PEMILIK² RUMAH ANDA MENGENAI MESYUARAT YANG DIJANGKAKAN AKAN DIBUAT PADA APRIL 2016.

Wednesday 2 December 2015

Akta 757: Tunggakan Wang Penyenggaraan & Sinking Fund


AKTA 757

Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar kepada badan pengurusan bersama

33. (1) Pembayaran apa-apa jumlah wang yang ditanggung dengan sah oleh badan pengurusan bersama dalam penjalanan mana-mana kuasanya atau fungsinya atau menjalankan kewajipan atau obligasinya hendaklah menurut kuasa seksyen ini dijamin oleh pemunya petak yang pada masa itu membentuk badan pengurusan bersama itu.

(2) Setiap pemunya petak hendaklah bertanggungan di bawah jaminan yang disebut di bawah subseksyen (1) hanya bagi apaapa kadar wang yang dibayar sedemikian sebagai unit syer yang diumpukkan bagi petaknya yang dibandingkan dengan unit syer agregat.

(3) Jika mana-mana pemunya petak belum melepaskan atau melepaskan dengan sepenuhnya liabilitinya bagi maksud subseksyen (1), badan pengurusan bersama adalah berhak untuk mendapatkan daripada pemunya petak itu dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya.

(4) Jika atas sebab ketidakcukupan dana untuk memenuhi jumlah wang yang dijamin di bawah subseksyen (1), badan pengurusan bersama boleh, pada mesyuarat agung tahunan atau pada mesyuarat agung luar biasa, menentukan jumlah yang hendaklah dicarumkan oleh setiap pemunya petak dan memutuskan apa-apa isu atau perkara lain yang berhubungan dengan penyelesaian bagi jumlah wang itu.

Tatacara mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar

34. (1) Jika suatu jumlah wang menjadi boleh didapatkan oleh pemaju daripada pembeli berkenaan dengan petaknya menurut kuasa subseksyen 12(5), atau oleh badan pengurusan bersama daripada pemunya petak berkenaan dengan petaknya menurut kuasa subseksyen 25(6) atau 33(3), pemaju atau badan pengurusan bersama itu boleh menyampaikan kepada pembeli atau pemunya petak, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu notis bertulis yang menuntut pembayaran jumlah wang itu yang kena dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu.

(2) Jika mana-mana jumlah wang masih tidak dibayar oleh pembeli atau pemunya petak pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1), pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memfailkan suatu saman atau tuntutan dalam suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal untuk mendapatkan jumlah wang itu atau sebagai alternatif kepada mendapatkan wang di bawah seksyen ini, menggunakan cara mendapatkan wang di bawah seksyen 35.

(3) Mana-mana pembeli atau pemunya petak yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi notis yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan. 

Mendapatkan jumlah wang melalui penahanan harta alih

35. (1) Pesuruhjaya boleh, apabila permohonan bersumpah secara bertulis dibuat oleh pemaju atau mana-mana anggota jawatankuasa pengurusan bersama, mengeluarkan suatu waran penahanan dalam

Borang A Jadual Ketiga yang memberi kuasa bagi penahanan apa-apa harta alih yang dipunyai oleh pemunya petak yang ingkar yang boleh dijumpai di dalam bangunan atau di tempat lain di dalam Negeri itu.

(2) Waran penahanan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan oleh pemaju atau seseorang anggota jawatankuasa pengurusan bersama atau oleh seseorang yang diambil bekerja secara khusus oleh pemaju atau badan pengurusan bersama untuk melaksanakan waran sedemikian, di hadapan Pesuruhajaya atau seorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya.

(3) Jika pemaju atau anggota jawatankuasa pengurusan bersama atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) menghadapi kesukaran dalam melaksanakan waran itu, pemaju, anggota atau orang itu boleh mendapatkan bantuan Pesuruhjaya, dan dalam memberikan bantuan itu, Pesuruhjaya boleh meminta bantuan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.

(4) Seseorang yang melaksanakan waran itu:

(a) boleh, pada waktu siang, masuk dengan cara kekerasan ke dalam mana-mana rumah atau bangunan atau mana-mana bahagian rumah atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan waran itu; dan

(b) hendaklah, sebaik selepas penahanan itu, membuat suatu inventori bagi harta yang ditahan di bawah waran itu dan menyampaikan suatu notis dalam Borang B Jadual Ketiga kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta itu.

(5) Mana-mana penyewa, penyewa kecil atau penghuni yang, untuk mengelakkan penahanan atau penjualan harta alih kerana apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada pemaju atau badan pengurusan bersama tidak dibayar oleh pemunya petak, membayar jumlah wang itu boleh:

(a) jika tiada apa-apa perjanjian bertulis yang berlawanan, menolak jumlah yang telah dibayar sedemikian olehnya daripada sewa yang kena dibayar atau menjadi kena dibayar olehnya kepada pemunya petak itu; dan

(b) memegang milikan harta itu sehingga jumlah yang telah dibayar sedemikian olehnya dibayar balik sepenuhnya kepadanya sama ada dengan cara penolakan daripada sewa atau selainnya.

(6) Resit yang dikeluarkan oleh pemaju atau badan pengurusan bersama bagi apa-apa jumlah yang dibayar sedemikian oleh mana-mana penyewa, penyewa kecil atau penghuni itu di bawah subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai pelepasan penuh bagi jumlah yang sama dengan sewa itu.

(7) Jika mana-mana orang yang hartanya ditahan mempertikaikan kesahan penahanan itu, dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan itu, memohon kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat penahanan itu bagi suatu perintah bagi pelepasan harta itu, dan Mahkamah Majistret, selepas membuat apa-apa siasatan yang perlu, hendaklah membenarkan atau enggan membenarkan perintah itu.

(8) Jika jumlah wang yang kena dibayar itu tidak dibayar dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan itu, harta yang ditahan itu atau mana-mana bahagian harta yang ditahan itu yang mencukupi untuk menghasilkan jumlah wang itu hendaklah dijual

Pengurusan Strata 63secara lelong yang dijalankan oleh pemaju atau badan pengurusan bersama di bawah penyeliaan Pesuruhjaya melainkan jika dalam tempoh itu suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (7), yang dalam hal itu, harta itu hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret.

(9) Jika Mahkamah Majistret enggan membenarkan suatu perintah untuk pelepasan harta itu, dan keputusan Mahkamah Majistret itu dicapai dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan, harta itu tidak boleh dijual sebelum habisnya tempoh itu.

(10) Walau apa pun subseksyen (8) dan (9), jika harta itu adalah jenis mudah musnah, ia boleh dijual dengan segera, dan dalam hal itu, hasil jualan hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret.

(11) Dalam mana-mana hal lain, hasil jualan hendaklah digunakan untuk menjelaskan jumlah wang yang kena dibayar bersama-sama dengan kos penahanan dan penjualan itu, dan apa apa lebihan dan apa-apa harta yang tidak dijual hendaklah dibayar atau dikembalikan kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta itu.

(12) Kos penahanan hendaklah termasuk perbelanjaan penyenggaraan ternakan dan penjagaan harta alih.


(13) Jika apa-apa harta dijual menurut kuasa subseksyen (10) sebelum habis tempoh empat belas hari dari tarikh penahanan, sebutan dalam subseksyen (7) mengenai suatu “perintah bagi pelepasan harta itu” hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai suatu perintah bagi pelepasan hasil jualan harta itu.

Sistem Keluar & Masuk Seroja Apt.


Wednesday 28 October 2015

PELAN PARKING TERBARU


PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMILIK DAN PENGHUNI-PENGHUNI SEROJA APARTMENT
JMB AKAN MENYUSUN DAN MENGECAT SEMULA
PETAK PARKING SEPERTI GAMBAR PELAN YANG TERBARU

PELAN ASAL

PELAN TERBARU




SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK LIHAT GAMBAR PELAN DALAM PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN MENGIKUT BLOK

PELAN ASAL          PELAN TERBARU

BLOK B          BLOK C          BLOK D          BLOK E

BLOK F          BLOK G          BLOK H          BLOK J

HARAP MAKLUM

JMB SEROJA APARTMENT

Ketua Blok Seroja Apartment

Berikut adalah senarai Ketua Blok berkuatkuasa 16.08.2015

KETUA BLOK B
MOHD AZRUL BIN SULAIMAN
No.Unit: B-00-09

KETUA BLOK C
MOHD RAPIDI BIN DAUD
No.Unit:C-01-01

KETUA BLOK D
ALIF AIMAN BIN SHAHRULAZNI
No.Unit: D-01-06

KETUA BLOK E
SAMSUDIN BIN AHMAD
No.Unit: E-00-10

KETUA BLOK F
FIRDAUS BIN RAMLI
No.Unit: F-02-01

KETUA BLOK G
TIADA WAKIL
H/P: -
No.Unit: -

KETUA BLOK H
TIADA WAKIL
H/P: -
No.Unit: - 

KETUA BLOK J
MUHAMMAD IZANI BIN ISMAIL
No.Unit: J-06-06

Ahli JMB 2015/2016 (Selepas EGM 16.08.2015)

Senarai Ahli JMB 2015/2016

Berikut adalah senarai terbaru JMB berkuatkuasa 16.08.2015
1.Pengerusi
Mohamad Zaki Bin Isahak
J-02-14
2.Setiausaha

Pn.Esther Samuel
E-03-14

3.Bendahari 
Darul Izham Bin Duhamid
J-01-01

4.Ajk 1
Sulaiman Bin Ali
D-01-08

5.Ajk 2
Hj. Zainudin Bin Saidin
E-04-09

BARANGAN DI KAWASAN HARTA BERSAMA

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENGHUNI-PENGHUNI DI SEROJA APARTMENT.

SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP BARANG-BARANG ANDA YANG DILETAKKAN DILUAR KAWASAN RUMAH ANDA (HARTA BERSAMA) SEPERTI KORIDOR, BAWAH TANGGA (GF), BELAKANG TANGGA DI TENGAH BLOK BERLIFT DAN KAWASAN SEKITAR BLOK BERLIFT.

SILA KOSONGKAN KAWASAN BERKENAAN DAN JMBSEROJA APARTMENT AKAN MEMBERI NOTIS SELAMA 14 HARI DARI NOTIS DITAMPAL.

JIKA TIADA APA-APA TINDAKAN DARIPADA TUAN EMPUNYA BARANGAN TERSEBUT, PIHAK JMB AKAN MEMBUANG KESEMUA BARANG-BARANG YANG TELAH DIBERIKAN NOTIS.

SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA KAWASAN-KAWASAN TERSEBUT ADALAH KAWASAN HARTA BERSAMA KESEMUA PEMILIK-PEMILIK SI SEROJA APARTMENT.

BERIKUT ADALAH BARANG-BARANG YANG TELAH DITAMPAL NOTIS PADA 27.10.2015 DAN AKAN BERAKHIR PADA 09.11.2015:
 BLOK E

 BLOK E

 BLOK J

 BLOK J

 BLOK F
 BLOK E

 BLOK J

Minit Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)


Sila klik link di atas untuk melihat Minit Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang telah berlansung pada 16.08.2015 (Ahad) di Dewan Seroja Apartment.

Sekian Terima Kasih

JMB Seroja Apartment

Thursday 27 August 2015

SENARAI KENDERAAN YANG DITAMPAL NOTIS PENGALIHAN DI SEROJA APARTMENT

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dibawah adalah senarai kenderaan yang telah dikenalpasti dan ditampal dengan notis pengalihan. Sekiranya tuan/puan adalah pemilik bagi kenderaan yang dinyatakan, sila berhubung dengan pihak JMB dengan secepat mungkin. Ini penting bagi mengelakkan sebarang masalah apabila tempoh waktu 14 hari yang diberikan tamat kepada semua kenderaan yang ditampal notis.

JMB

SENARAI KENDERAAN YANG DITAMPAL NOTIS PENGALIHAN DI SEROJA APARTMENT


NoNo. PlateJenis KenderaanModelWarnaLokasi
1WMM 4550KERETASATRIAHitamB-2-16
2- KERETAVIVAHijauB-4-06
3WKQ 3819KERETAWAJAKelabuE-4-06
4BDH 3505KERETA-BIRUE-4-08
5WFA 6690KERETACITROENHijau-
6PAU 7605KERETANISSANPutihVISITOR
7JAY 196KERETAHONDA ACCORDPutihH-4-08
8-KERETAPROTON SAGACOKLATH-4-03
9NAU 149KERETA--VISITOR
10-KERETAWAJAKelabu-
11WPY 4968KERETAKIA SPECTRAKelabuJ-1-1
12WNY 1753MOTORLAGENDA 110ZHitam
13JET 1571MOTOREX5Hitam
14WLM 1786MOTORKRISS 110Hitam
15AFD 9690MOTOR-BIRU
16AEE 269MOTOREX5BIRU
17WEE 4786MOTORYAMAHA SSBIRU
18BHN 8506MOTORKRISS 100Hitam
19WWH 3588MOTOR--
20AFB 2024MOTOR-Hijau
21BJA 3651MOTORNOUVOHitam
22NAS 3558MOTORYAMAH SS TWOKelabu
23PFQ 6568MOTORMODENASMerah
24QTC 207MOTORYAMAHA SSHitam
25AFN 5578MOTORNAZA BLADEHitam
26WKM 9445MOTOR--
27WLH 5846MOTOR--
28KBJ 8942MOTOR-


Sekiranya tuan/puan adalah pemilik kenderaan seperti tertera diatas, sila berhubung dengan pihak JMB dengan segera.
Sila maklum bahawa kenderaan yang tertera diatas akan dialihkan oleh pihak JMB dan MPS 
selepas tempoh yang ditetapkan seperti dinyatakan didalam notis




























Tuesday 11 August 2015

Panggilan Khas Mesyuarat

Assalamualaikum dan selamat sejatera kepada semua penduduk Seroja Apartment yang dikasihi.

Saya sebagai wakil kepada JMB Seroja Apt ingin mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke mesyuarat EGM Seroja yang akan diadakan pada:

Hari: Ahad
Tarikh: 16 Ogos 2015
Masa: 10 Pagi - 2 Petang
Lokasi: Dewan Serbaguna Seroja.

Kedatangan tuan/puan amat penting kerana pada Mesyuarat EGM ini sebarang permasalahan dan penyelesaian berkaitan dengan Seroja Apartment akan dibincangkan.

Oleh itu, kerjasama pihak tuan/puan didalam menghadiri Mesyuarat EGM ini amat diperlukan.

Sekian Terima Kasih.

Wednesday 5 August 2015

Makluman Berkaitan Dengan Panggilan Khas Mesyuarat Agung (EGM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Makluman Berkaitan Dengan Panggilan Khas Mesyuarat Agung (EGM) 16.08.2015

untuk makluman semua pemilik² rumah di Seroja Apt. berkaitan dengan notis@surat untuk menjemput kesemua pemilik² rumah untuk hadir mesyuarat pada 16.08.2015 adalah kami JMB & Pengurusan LT telah membuat makluman kepada semua pemilik dan penghuni melalui 3 kaedah iaitu:

1.Banner yang telah dipasang (awal bulan jun 2015) dihadapan pintu masuk utama seroja apt.
2.Surat melalui pos yang telah dihantar oleh pihak LT.
3.Melalui serahan tangan @ dimasukkan dibawah pintu disetiap unit rumah di Seroja dari Blok B sehingga Blok J.

Bagi pemilik rumah yang masih belum menerima surat yang dihantar melalui pos oleh pihak LT, kami JMB Seroja dalam proses membuat bancian dan menghantar surat panggilan meeting dari rumah ke rumah, dan sehingga ke malam tadi (04.08.15), JMB telah selesai menyerahkan surat² di Blok B,C,D,E, manakala untuk blok² yang lain akan kami serahkan dalam minggu ini.

Sekian Terima Kasih
JMB Seroja Apt
05.08.2015

Thursday 30 July 2015

NOTIS PEMBERITAHUAN

Bermula 01hb ogos 2015 kami jmb seroja apartment akan melaksana dan memperketatkan keselamatan di seroja apartmen dengan:
  • Penggunaan pelekat kenderaan (kereta & motor)
    • Mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai pelekat kenderaan yang sah tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kawasan seroja.
    • Sila dapatkan pelekat kenderaan anda di pejabat lt sdn bhd yang beralamat di g-70, jln lingkaran putra perdana, tmn putra perdana (bersebelahan dengan speedmart 99 & berhadapan dengan kenanga apartment) = koordinat: 2.946102, 101.613501
    • Bagi penduduk seroja yang ingin membawa masuk kenderaan tanpa pelekat kenderaan yang sah perlu mendaftar di bilik pengawal keselamat sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan seroja.

 Penguatkuasaan “clamping”/kunci kenderaan (kereta dan motor)
    • Mana-mana kenderaan yang tidak meletakkan kenderaan di tempat parking yang telah disediakan akan di kunci dan caj rm50.00 akan dikenakan untuk membuka kunci tersebut.
    • Sila rujuk minit mesyuarat agung yang terbaru. (boleh dapati dan lihat di serojalakesville.blogspot.com)

Wednesday 29 July 2015

Mesyuarat bersama wakil dari syarikat pengawal keselamatan

27.07.2015
Bilik JMB Seroja Apartment

Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk perlaksanaan penggunaan stcker untuk 1 ogos ini dan lain2 perkara berkaitan dengan keselamatan di dalam kawasan seroja apartment.

Admin

Tuesday 28 July 2015

Bancian Penduduk Seroja Apartment

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Makluman untuk semua penduduk@penghuni seroja apartment...
Bermula hari ini (28/07/2015), Wakil JMB akan melakukan bancian dari rumah ke rumah serta menyerahkan surat panggilan menghadiri egm 16 ogos nanti...
diharap semua penghuni seroja apartment dapat memberi kerjasama kepada JMB dalam menjalankan tugas...
sekia terima kasih...
Bancian bermula dari blok B dan seterusnya sehingga blok J.


Admin
28/07/2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Wednesday 17 June 2015

"Ahlan Wasahlan" Wa "Marhaban" Ya Ramadhan




Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan (1436H @ 2015M) kepada semua penghuni Pangsapuri Seroja yang beragama Islam.

Jadikanlah bulan Ramdhan kali ini bermakna untuk kita semua.

Salam Ramadhan dari kami JMB Pangsapuri Seroja Taman Putra Perdana.

Surau As-Sobirin Seroja Apartment

Aktiviti Bulan Ramadhan Di Surau As-Sobirin Seroja Apt.

Kepada penduduk seroja yang ingin menyalurkan derma dan sumbangan untuk Surau As-Sobirin Pangsapuri Seroja bolehlah menderma ke akaun seperti berikut:
Maybank Caw. Puchong Prima
Nama Akaun: Surau Assobirin
No.Akaun: 5627-7722-2906
Sila Hubungi En.Mohd Rapidi Daud (Bendahari Surau) ditalian 019-6551229 untuk sebarang pertanyaan.
Semoga Allah memberkati sumbangan tuan/puan.

Saturday 13 June 2015

Sticker Kenderaan & EGM



  1. Berkuatkuasa 1 Ogos 2015, mana-mana kenderaan (kereta & motor) yang tidak mempunyai pelekat kenderaan yang sah dan terbaru tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kawasan pangsapuri seroja.
  2. Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan diadakan pada 16 Ogos 2015. Kesemua pemilik-pemilik rumah di Pangsapuri Seroja DIWAJIBKAN untuk hadir. Kedatangan anda amat bermakna untuk kebaikan pangsapuri kita.



Friday 12 June 2015

Aduan & Masalah

Sila Tinggalkan Aduan Dan Masalah Anda Diruangan Komen Untuk Tindakan Kami JMB/JMC.

Terima Kasih

Admin

Cadangan Anda

Sila Tinggalkan Cadangan Anda Diruangan Komen Untuk Kebaikan Pangsapuri & Penghuni-Penghuni Di Seroja.

Terima Kasih

Admin

Akta Bangunan & Harta Bersama






***Akta 663 masih digunapakai sehingga hari ini.
***Akta 757 masih belum dikuatkuasan lagi sehingga diberitahu kemudian oleh kerajaan.

Saturday 30 May 2015

Taklimat Bersama MPS & JMB

Tarikh: 24 Mei 2015
Masa: 9:00 Pagi - 4:00 Petang
Tempat: Dewan Seroja Apartment

Sesi taklimat bersama Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dengan penghuni-penghuni di dewan seroja apartment.

Berikut adalah aturcara yang berlangsung pada sesi taklimat tersebut:

1. Kata-kata aluan dari pengerusi JMB En.Zaki Bin Isahak

2. Jabatan Kesihatan MPS
    Cik Nur Husna Binti Sabri
    Punca Denggi & Pencegahannya

3. Penyampaian hadiah cabutan bertuah ditempat ke-5

4. Unit Cawangan Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPS
    Encik Zafri Bin Daud
    Hak Pembeli dan Penyewa

5. Penyampaian hadiah cabutan bertuah ditempat ke-4 & ke-3

6. Sesi soal jawab bersama jmb

7. Makan tengah hari

8. Sambungan sesi soal jawab bersama jmb

9. Penyampaian hadiah cabutan bertuah ditempat ke-2 & ke-1

10. Bersurai

Semua cadangan dan aduan didalam sesi soal jawab bersama JMB akan diusulkan ke dalam Extra General Meeting (EGM) pada bulan Ogos 2015.

Sekian.