Wednesday 29 June 2016

Iklan Jawatan Kosong untuk Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Seroja

JMB Seroja telah mengorak langkah kehadapan untuk memulakan perancangan mengambil alih pengurusan Seroja dibawah JMB sendiri. 

Pihak JMB Seroja ingin mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti dibawah:


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan: Kerani Pentadbiran
Taraf Jawatan: Kontrak/Tetap
Kekosongan: 2
Gaji: bermula RM 1,100

Calon hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun
2. Sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Mempunyai asas dan kemahiran perakaunan adalah kelebihan
4. Mempunyai kemahiran MS Office (Word, Excel dan PowerPoint)
5. Berperwatakan menarik, sopan, bertanggungjawab, amanah dan cekap
6. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
7. Calon yang menetap di Seroja adalah digalakkan untuk memohon
8. Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri


Skop pekerjaan Kerani Pentadbiran

1. Mengurus pembayaran Yuran Penyelenggaran. Sinking Fund, dan sebarang bayaran dari penduduk Seroja
2. Menerima dan merekodkan aduan yang diterima pendudk Seroja
3. Menguruskan sistem fail Apartment Seroja
4. Membantu JMB dalam menguruskan aktivit surat menyurat, bank dan juga perkara yang ditetapkan  
    oleh JMB

5. Apa-apa tugasan yang difikirkan perlu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan: Juruteknik (Electrical, Plumbing, Handyman)
Taraf Jawatan: Kontrak/Tetap
Kekosongan: 3
Gaji: Bergantung kepada kelayakan dan pengalaman

Calon hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun
2. Sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran dari badan kerajaan atau badan bertauliah
3. Bertanggungjawab, amanah dan Cekap
4. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
5. Calon yang menetap di Seroja atau berdekatan digalakkan memohon

6. Mempunyai pengetahuan dan berpengalaman dalam bidang teknikal berkaitan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faedah dan Kemudahan Diterima

1. Potongan KWSP dan PERKESO
2. Cuti Sakit dan Cuti tahunan
3. Waktu kerja dari Isnin hingga Sabtu, jam 9 Pagi hingga 5 Petang, hingga 1 Petang pada hari Sabtu.
4. Insuran dan elaun perubatan disediakan

Sila hantarkan permohonan dan resume lengkap sebelum 31 Julai 2016 kepada:

              JMB Seroja Apartment di Pondok Pengawal Seroja

ATAU

Email ke serojalakesville@gmail.com ( Sila letak nama jawatan pada Subject email




1 comment: