Wednesday, 29 June 2016

Iklan Jawatan Kosong untuk Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Seroja

JMB Seroja telah mengorak langkah kehadapan untuk memulakan perancangan mengambil alih pengurusan Seroja dibawah JMB sendiri. 

Pihak JMB Seroja ingin mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti dibawah:


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan: Kerani Pentadbiran
Taraf Jawatan: Kontrak/Tetap
Kekosongan: 2
Gaji: bermula RM 1,100

Calon hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun
2. Sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Mempunyai asas dan kemahiran perakaunan adalah kelebihan
4. Mempunyai kemahiran MS Office (Word, Excel dan PowerPoint)
5. Berperwatakan menarik, sopan, bertanggungjawab, amanah dan cekap
6. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
7. Calon yang menetap di Seroja adalah digalakkan untuk memohon
8. Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri


Skop pekerjaan Kerani Pentadbiran

1. Mengurus pembayaran Yuran Penyelenggaran. Sinking Fund, dan sebarang bayaran dari penduduk Seroja
2. Menerima dan merekodkan aduan yang diterima pendudk Seroja
3. Menguruskan sistem fail Apartment Seroja
4. Membantu JMB dalam menguruskan aktivit surat menyurat, bank dan juga perkara yang ditetapkan  
    oleh JMB

5. Apa-apa tugasan yang difikirkan perlu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan: Juruteknik (Electrical, Plumbing, Handyman)
Taraf Jawatan: Kontrak/Tetap
Kekosongan: 3
Gaji: Bergantung kepada kelayakan dan pengalaman

Calon hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun
2. Sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran dari badan kerajaan atau badan bertauliah
3. Bertanggungjawab, amanah dan Cekap
4. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
5. Calon yang menetap di Seroja atau berdekatan digalakkan memohon

6. Mempunyai pengetahuan dan berpengalaman dalam bidang teknikal berkaitan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faedah dan Kemudahan Diterima

1. Potongan KWSP dan PERKESO
2. Cuti Sakit dan Cuti tahunan
3. Waktu kerja dari Isnin hingga Sabtu, jam 9 Pagi hingga 5 Petang, hingga 1 Petang pada hari Sabtu.
4. Insuran dan elaun perubatan disediakan

Sila hantarkan permohonan dan resume lengkap sebelum 31 Julai 2016 kepada:

              JMB Seroja Apartment di Pondok Pengawal Seroja

ATAU

Email ke serojalakesville@gmail.com ( Sila letak nama jawatan pada Subject email




Monday, 6 June 2016

Pengunaan Parking Pelawat di Apartment Seroja

Untuk perhatian dan tindakan penghuni Seroja Apartment. Penguatkuasaan berkenaan penggunaan parking pelawat bermula pada 13hb Jun 2016. Sila baca notis seperti dilampirkan. Kerjasama tuan/puan amat dihargai.



!!! PERHATIAN !!!

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGHUNI-PENGHUNI SEROJA APARTMENT, MULAI 13HB JUN 2016 SILA KOSONGKAN TEMPAT LETAK KERETA PELAWAT YANG BERNOMBOR SEPERTI DIBAWAH

BLOK
NO.PETAK TEMPAT LETAK KERETA (PELAWAT)
JUMLAH PETAK PELAWAT
B
VB-01 / VB-02 / VB-03 / VB-04
VB-05 / VB-06 / VB-07 / VB-08
8
C
VC-01 / VC-02 / VC-03
VC-04 / VC-05 / VC-06
6
D
VD-01 / VD-02 / VD-03
VD-04 / VD-05 / VD-06
6
E
VE-01 / VE-02 / VE-03 / VE-04
VE-05 / VE-06 / VE-07 / VE-08
8
F
VF-01 / VF-02 / VF-03 / VF-04
VF-05 /VF-06 / VF-07 / VF-08
8
G
VG-01 / VG-02 / VG-03
VG-04 / VG-05 / VG-06
6
H
VH-01 / VH-02 / VH-03
VH-04 / VH-05 / VH-06
6
J
VJ-01 / VJ-02 / VJ-03 / VJ-04
VJ-05 / VJ-06 / VJ-07 / VJ-08
8

JUMLAH PETAK TEMPAT LETAK KERETA (PELAWAT)
56 PETAK

BERMULA TARIKH SEPERTI DI ATAS, MANA-MANA KENDERAAN YANG MELETAKKAN KENDERAAN DI ATAS PETAK TEMPAT LETAK KERETA (PELAWAT) DAN TIDAK MEMAPARKAN PAS PELAWAT, KENDERAAN ANDA AKAN DIKUNCI (CLAMP), DENDA RM50.00 AKAN DIKENAKAN UNTUK MEMBUKA KUNCI (CLAMP) TERSEBUT.


SEKIAN HARAP MAKLUM

Friday, 15 April 2016

Kenderaan Terbiar/Rosak


5 Kenderaan yang telah dikenal pasti tidak bergerak dan terbiar, 14 hari tempoh utk anda alihkan kenderaan2 anda, jika tiada perubahan atau maklum balas dari tuan empunya kenderaan, kenderaan anda akan ditunda keluar dari kawasan seroja apt.


TARIKH NOTIS DIKELUARKAN  :        07 / 04 / 2016              
TARIKH TAMAT NOTIS                  :        20 / 04 / 2016              
TEMPOH NOTIS                                :        14 HARI                       

Harap Maklum

Wednesday, 13 April 2016

Seroja - Aging (Tunggakan) Sehingga 31.Mac.2016






Rumusan
Daripada 560 Buah Rumah di Seroja 
1. 206 Unit Tiada Tunggakan yang mana 140 Unit Daripadanya Telah Terlebih Bayar.
2. 354 Unit Mempunyai Tunggakan (Dari RM3.00 Sehingga Ke RM7,640.00)

Perhatian.

Aging tersebut adalah sehingga 31.Mac.2016 sahaja, dan jika anda telah membuat apa-apa pembayaran bagi bulan Mac dan sebelum-sebelumnya pada atau dalam bulan April, jumlah baki yang baru akan dikeluarkan atau dipaparkan pada Aging 30.April.2016.

Sekian Harap Maklum

Pelan Parking Seroja Apartment





LAKARAN (SAIZ A1) PETA TEMPAT LETAK KERETA DAN MOTORSIKAL JUGA ADA DI PAPARKAN DI PAPAN KENYATAAN BELAKANG BILIK PENGAWAL KESELAMATAN.


PERUBAHAN MELIBATKAN BLOK B, BLOK J, PELAWAT DAN MOTORSIKAL SAHAJA, BLOK-BLOK LAIN TIADA PERUBAHAN.

HARAP MAKLUM

Pemulangan Borang Kehadiran & Proksi

PERHATIAN!!!

KEPADA SEMUA PEMILIK-PEMILIK @ PEMBELI-PEMBELI SEROJA APARTMENT, SILA PULANGKAN
1.BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN & PENCALONAN DAN
2.BORANG PROKSI


SELEWAT-LEWATNYA PADA 23.04.2016 (SABTU) JAM 12:00 TENGAH HARI DI PEJABAT LT SDN BHD (PUTRA PERDANA)

ATAU

SELEWAT-LEWATNYA PADA 22.04.2016 (JUMAAT) JAM 10:00 MALAM DI BILIK PENGAWAL KESELAMATAN SEROJA APT. 

JIKA ADA YANG HANTAR PADA SELEPAS TARIKH DAN WAKTU TERSEBUT, BORANG ANDA TIDAK AKAN DILAYAN

SEKIAN HARAP MAKLUM.


Tuesday, 12 April 2016

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)

Mesyuarat Agung Tahunan
Badan Pemgurusan Bersama (JMB)
Pangsapuri Seroja, Taman Putra Perdana

DI JEMPUT KEPADA SEMUA PEMILIK-PEMILIK ATAU PEMBELI-PEMBELI RUMAH UNTUK HADIR KE MESYUARAT YANG AKAN DIADAKAN PADA
24 APRIL 2016 (HARI AHAD)
BERMULA JAM 9.00 PAGI
DI DEWAN SEROJA (BELAKANG BLOK J)

KEHADIRAN ANDA ADALAH DIWAJIBKAN!!!